DANA PEMBANGUNAN SRITI PUCHONG

DANA PEMBANGUNAN SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SRITI) PUCHONG

Misi pembukaan SRITI Puchong telah bermula seawal tahun 2019 dimana Ahli Jawatankuasa SRITI bertungkus lumus mencari dana. Alhamdulillah sokongan orang ramai nak tengok sekolah integrasi Islam di Puchong sangat menggalakkan. Kami dapat buka tabung di beberapa surau dan masjid masa hari Jumaat. Jualan kupon, dapat peluang buka tabung di pasar malam terpilih, sampai pihak MPSJ pun dah jeling-jeling kami dari jauh. huhu...

Tabung infaq oleh para asatizah pun sangat2 banyak membantu mencukupkan dana SRITI Puchong. Alhamdulillah. 

 

DEPAN MAYBANK  EQUINE


SEMASA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PASTI

  

DI PASAR MALAM


DI HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PASTI PUCHONG



Alhamdulillah dengan izin Allah, segala perancangan kami berhasil dengan lahirnya cawangan pertama Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Puchong di Dataran Mutiara, Serdang Jaya dengan menyewa satu unit rumah kedai endlot tingkat 1.

SRITI SERDANG JAYA

Alhamdulillah sesi pertama persekolahan berjalan dengan baik pada awal Januari 2020. Hampir 30 orang pelajar waktu itu.


Inilah sekolah kita semua, daripada duit infaq tuan puan..Anak-anak pelajar PASTI dan Tadika-tadika berhampiran boleh dah melanjutkan pelajaran ke SRITI..TAPI...Hanya di Serdang Jaya sahaja..

Hasrat kami ingin menambah lagi cawangan SRITI bagi boleh menampung kehendak masayaratk setempat. Jadi dalam serba keterbatasan sepanjang 2020 sewaktu virus Covid-19 melanda, kami jalankan kutipan secara maya sahaja.. RM60,000 diperlukan dan alhamdulillah orang ramai telah memberikan infaq terkumpul lebih RM30,000.00 sehingga hujung Disember 2020. 

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami untuk buka 2 SRITI lagi, satu di Bandar Bukit Puchong dan satu lagi di Taman Equine, Bandar Putra Permai. 

   

SRITI BUKIT PUCHONG

 

SRITI EQUINE

Permintaan penduduk setempat sangat2 menggalakkan, sampai SRITI Serdang Jaya terpaksa menyewa satu lagi unit untuk pelajar baru..Pelajar terkini untuk 2021 hampir mencecah 100 orang pelajar di ketiga-tiga buah SRITI Puchong.


Jangkaan Tahun 2022, Pelajar SRITI Puchong boleh mencecah sehingga 200 orang.. insyaAllah..



Kami memerlukan premis yang lebih besar dengan kelengkapan yang cukup.  Oleh itu, kami mulakan gerak kerja untuk pembukaan sesi 2022 seawal mungkin bagi mendapatkan dana sebanyak RM178,000.00 yang merangkumi kos sewaan dan ubahsuai, perbekalan, kerusi meja, dan kelengkapan sekolah lain.



Besar hajat kami agar kita sama-sama dapat mebangunkan dan memperluaskan Sekolah ini melalui hasil infaq, wakaf dan zakat daripada tuan-tuan dan puan-puan sekalian. 

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ✅ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan, sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai dan harta yang disedekahkannya." (Riwayat Ibn Majah)


Kami merayu sumbangan dan sokongan daripada anda semua untuk menjayakan MISI MURNI 2021 agar lebih ramai pelajar-pelajar berpeluang bersekolah di SRITI Puchong.

Segala jasa baik dan sumbangan anda hanya Allah yang selayaknya memberi ganjaran yang lumayan. Terima kasih

Licin badan ikan keli, 
tinggalnya di dalam perigi,
saya hamba lemah sekali,
Terima kasih bantuan diberi. 

>>>Sila scroll ke bawah dan pilih sumbangan yang anda berhajat untuk pilih<<


 




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
INFAQ SRITI RM10
INFAQ SRITI RM20
INFAQ SRITI RM50
INFAQ SRITI RM100
JUMLAH
Jumlah Keseluruhan Sebelum Penggenapan
Pelarasan Penggenapan
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel smarketinghq@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaPERSATUAN BELIA BESTARI
No. Akaun562142714464
Buka Maybank2u