
SEWAAN TAPAK GERAI SEMPENA MAJLIS ANUGERAH PRESTASI (MAP) PASTI PUCHONG 2022/23
Assalamualaikum wbt☺️
Sukacitanya kami menjemput semua para peniaga untuk mengambil bahagian dalam Majlis Anugerah Prestasi (MAP) PASTI Kawasan Puchong kali ini dengan menyewa tapak yang kami sediakan.
MAP kali ini meraikan murid-murid 6 tahun dari seluruh PASTI kawasan Puchong. Majlis akan diadakan pada 12 Februari 2023 bertempat di kompleks LKIM Pulau Meranti.
Jumlah murid yang akan terlibat dalam program tersebut seramai lebih 800 orang murid terdiri daripada 18 Cawangan di bawah PASTI Puchong.
Sewaan tapak Rm100/tapak + Deposit kebersihan RM100(Refundable dengan syarat menjaga kebersihan tapak sepanjang program)
*Masuk seawal 7.00 pagi, 12 Feb 2023(Ahad) untuk persiapan tempat.
Peniaga tidak dibenarkan menggunakan mesin yang menggunakan elektrik yang tinggi (seperti mesin pembuat waffle) dan lain2
Peniaga bertanggungjawab membawa sendiri extension untuk penggunaan elektrik
Peniaga bertanggungjawab memastikan keberihan, keselamatan dan Kehalalan setiap barang yang dijual
Buat bayaran penuh segera selagi tapak masih ada.
Pemulangan deposit kebersihan RM100 akan dibuat dalam tempoh 48jam selepas program selesai
Sekiranya anda tak jadi menyewa, sila maklumkan selewat-lewatnya pada hari Khamis 9 Feb 12.00 tghari.
Sekiranya tidak, anda bertanggungjawab untuk mencari pengganti tapak.
Sekiranya gagal, wang deposit kebersihan RM100 sahaja yang akan dipulangkan
Terima kasih