Akaun myinfaq.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Infaq buat orang susah di Equine




Bandar Equine sedang membangun dengan pesat, lebih-lebih lagi dengan kemunculan 2 stesen MRT di sini.  Jalan jem setiap pagi, Banyak penduduk Equine keluar dari Equine menuju ke Putrajaya dan kawasan sekitar bagi menunaikan tanggungjawab bekerja mencari rezeki. Alhamdulillah rezeki untuk keluarga sendiri cukup dan mungkin ada yang boleh dikongsi bersama penduduk-penduduk lain yang dalam kesusahan. 


Tapi tak tahu bagaimana caranya, niat di hati ingin menderma, tapi tak tahu mana satu yang betul sampai ke orang memerlukan?

Banyak iklan infaq online pun derma di luar telah kami sahut, sekarang rasa nak derma untuk kejiranan sendiri yang memerlukan?


InsyaAllah, kami di Equine Care sedia membantu menjadi tangan untuk menyampaikan bantuan kepada golongan sasar yang memerlukan. Kami sudah lama menjadi telinga mendengar keluh kesah kesusahan rakyat di sini. Ada yang ibu tunggal anak ramai, nak keluar mencari rezeki pun terhalang kerana komitmen untuk membesarkan anak, lebih-lebih lagi nak bayar upah menjaga anak pun lebih mahal daripada gaji sendiri. Dilema nenek yang membesarkan cucu keseorangan selepas kehilangan ibu bapanya. Dan macam-macam lagi kesusahan penduduk Equine yang kita tak akan sangka ia berlaku tidak jauh daripada kita.


Kesusahan bandar lebih mencabar daripada kesusahan di kampung?


Sebabtu ramai yang tumpas dan memilih untuk kembali ke kampung, tapi mereka yang tiada kampung? Mereka tiada halatuju lain, melainkan kekal dan cuba sedaya upaya untuk terus berusaha hidup demi tanggungjawab membesarkan anak-anak.


Ayuh bersama kami, kita turun dan dengar masalah-masalah mereka, atau boleh bersama kami edarkan kotak rezeki kepada mereka. Ataupun anda boleh sahaja derma ke tabung Infaq Prihatin Equine seperti di bawah


InsyaAllah, kami akan usahakan sebaiknya supaya ramai warga Equine yang susah dapat dibantu.