Kami terpanggil sangat untuk mengumpul dana bagi mempersiap jentera sebaiknya bagi menghadapi kemungkinan banjir akan datang. nauzubillah
Di samping itu, insyaAllah akan dimanfaatkan juga untuk kegunaan PASTI dan SRITI Puchong
Warga Puchong mesti ingat tarikh keramat 18 Disember 2021, bila mana kawasan Kg Sri Puchong, Kg Sri Aman, Kg Kenangan, Kg Andalas dan juga kawasan berhampiran ditenggelami air sampai ke bumbung rumah!
Allahuakbar, satu ujian banjir yang tak disangka selepas berpuluh tahun duduk di Puchong.
Anggota AMAL Puchong membantu penduduk yang terperangkap keluar daripada kawasan banjir
Anggota AMAL dari seluruh Selangor turut membantu kerja-kerja pembersihan pasca-banjir
Kami terpaksa meminjam 4WD untuk gerak kerja membantu mangsa-mangsa banjir
4WD akan digunakan untuk meredah sebahagian kawasan banjir agar boleh sampaikan makanan ke tempat orang terjejas
Daripada kejadian tersebut, telah membuatkan Dewan Pemuda Pemuda PAS Puchong meneruskan semula gerak kerja pengumpulan dana 4WD yang terhenti seketika semasa PKP.
InsyaAllah, sasaran kutipan RM60,000 bagi bayaran Down Payment sebelum 30 November 2022
Kami pecahkan setiap 1 Lot RM30 (Sasaran 2000 lot) untuk memudahkan anda semua membuat sumbangan.
Mudah-mudahan sebahagian wang tunai yang kita sumbangkan hari ini bakal menjadi pelaburan saham akhirat yang sudah pasti menguntungkan kita semua nanti di akhirat, insyaAllah